Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Azlimin Mat Noor berkata, kerja pemadaman kebakaran itu mengambil masa berikutan tangki terbabit mengandungi sebanyak 13,679 meter padu minyak mentah.

Katanya, bomba terpaksa menggunakan kaedah tembakan buih termasuk menggunakan semburan air. - K! ONLINE