Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, seramai 18 murid di pra sekolah tersebut turut dipindahkan bagi memastikan keadaan mereka selamat.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dikerahkan ke sekolah berkenaan.

Katanya, sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati air sedalam kira-kira 0.3 meter telah memasuki kawasan sekolah tersebut.

"Kerja-kerja membawa keluar murid-murid tamat sepenuhnya pada pukul 11 pagi.

"Buat masa ini, pihak bomba masih memantau keadaan banjir di sekolah berkenaan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Poh Kiong menambah, sekolah tersebut juga ditutup sementara waktu untuk sebarang pembelajaran dan pengajaran. - K! ONLINE