Dua helikopter Agusta 019 E dan Agusta Westland 139 telah berlepas dari Pusat Sivik pada pukul 10 pagi untuk mengangkut seramai 77 pelajar dari Pos Belatim dan Pos Balar.

Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Azman Ngadiron berkata, operasi murni dengan kerjasama Unit Udara Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pendidikan negeri berlangsung selama tiga hari.

Katanya, hari esok membabitkan 114 pelajar di Pos Bihai termasuk Kampung Laklok, Tendrik, bihai dan Kampung Hak manakala pada 17 Jan membabit 51 pelajar di Pos Gob.

 "Pelajar termasuk tidak dapat hadir ke sekolah menengah sekitar bandar ini disebabkan masalah jalan perhubungan terputus akibar hujan.

"Seramai  57 pelajar di Pos Simpor yang turut terperangkap sudah berjaya diangkut keluar secara berperingkat menggunakan jalan darat sejak 1 Januari lalu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Pasukan Khas Unit Udara JBPM Subang, Penguasa Bomba, Cik Hamdan Hamzah berkata, operasi itu membabitkan 15 krew dari Unit Udara JBPM Subang, Selangor.

Katanya, keadaan cuaca juga pagi ini adalah baik dan membolehkan operasi berjalan lancar dan selamat. - K! ONLINE