Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa, sewaktu kejadian, seramai 15 orang pendaki dari Kelab Kelantan Haiking Crew mendaki gunung tersebut dan salah seorang daripada mereka menemui objek yang tertanam sewaktu sedang turun dari puncak gunung pada pukul 5 petang kelmarin.

Jelasnya, objek tersebut tertanam di dalam tanah di tengah trek laluan pendakian.

"Sewaktu mereka tiba di kaki gunung, salah seorang daripada mereka telah memaklumkan kepada penduduk kampung sebelum membuat laporan di balai polis.

"Berdasarkan siasatan, ia merupakan sebutir bom lama dipercayai dari zaman penjajahan Jepun," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Ismail, operasi memusnahkan bom tersebut dijalankan pada pukul 12.30 tengah hari tadi dengan bantuan Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat dan Kontinjen Perak. - K! ONLINE