Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, ringgit akan mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dalam jangka masa panjang.

"Prospek ekonomi negara kekal sihat berdasarkan lebihan akaun semasa, kedudukan rizab yang kukuh, paras hutang luar negera yang rendah dan penampan modal yang kukuh dalam sistem perbankan.

"Malaysia tidak asing dengan ketidaktentuan jangka pendek, BNM telah berjaya menguruskannya dengan baik pada masa lalu dan akan terus memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran kewangan dalam negara," katanya dalam beberapa siri kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook Bank Negara Malaysia kelmarin. - K! ONLINE