Menurut Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, buat masa ini, seluruh jentera BN masih dalam fasa kesedihan ekoran kekalahan teruk BN. 

"Bagaimanapun, kita harus bangkit demi kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat.

"Walaupun pengundi telah menolak BN tetapi mereka masih berharap BN boleh memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkredibiliti.

"Mesej jelas masa ini adalah rakyat sentiasa menilai kerajaan dan rakyat mahu lihat ada pembangkang yang boleh memastikan kerajaan semasa memenuhi janji PRU," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini sebentar tadi. - K! ONLINE