BMKG dalam kenyataannya berkata, penarikan semula amaran berkenaan dibuat bersesuaian dengan standard prosedur operasi (SOP) badan berkenaan.

Menurut Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati peringatan awal tsunami kelazimannya akan ditarik balik selepas dua jam jangkaan awal musibah itu akan melanda.

Pada pukul 7.03 malam Jumaat, Indonesia dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.4 magnitud.

Gempa bumi itu dilaporka berpotensi mengakibatkan tsunami mengakibatkan BMKG dengan segera mengeluarkan amaran awal.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan dalam gempa bumi itu. - K! ONLINE