Bintang Bollywood Sridevi meninggal dunia

Sridevi

Sridevi

MUMBAI - Bintang filem legenda Bollywood, Sridevi meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 54 tahun.

Berita luar negara BBC dan Al-Jazeera melaporkan, bintang tersebut meninggal dunia di Dubai ketika menghadiri satu majlis perkahwinan semalam.

Mendiang Sridevi memulakan kariernya sebagai pelakon seawal usia empat tahun dan banyak membintangi filem Hindi termasuk Tamil dan Telegu.

Beliau diberi peranan sebagai pelakon utama dalam sebuah filem Bollywood pada 1978, sekali gus mula mencipta nama sebagai seorang daripada bintang paling popular di India.

Beberapa filem terkenalnya seperti Chandni, Mr. India, Nagina, Vinglish dan banyak lagi.

Bintang filem Bollywood seperti Preity Zinta dan Priyanka Chopra turut menyatakan simpati dan kesedihan atas pemergian Sridevi dalam laman sosial masing-masing. - K! ONLINE