Beliau berkata daripada sibuk mengecam golongan LGBT dengan mengatakan mereka sebagai ancaman kepada masyarakat, tumpuan seharusnya diberi kepada usaha untuk mendekati dan mendidik golongan itu agar kembali kepada fitrah asal mereka. 

"Saya fikir isu ini tidak harus dilihat dalam satu kerangka yang salah, kita harus melihat dalam konteks mendidik bagaimana nak bawa mereka balik kepada identiti yang normal, yang sebenarnya, itu yang harus dilakukan.

"Dekati mereka (LGBT) secara lemah lembut, dan bawa sifat Rahmatan Lil 'Alamin(rahmat bagi seluruh alam semesta) kerana Islam agama yang sangat menghormati setiap manusia," kata Mahfuz yang juga timbalan menteri sumber manusia kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Convent di sini, hari ini. 

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan bahawa golongan LGBT di Malaysia berhak menikmati hak yang sama sebagai warganegara ini dan mereka tidak seharusnya didiskriminasi dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja.

"Kalau mereka (golongan LGBT) didiskriminasi dan dinafikan hak di tempat kerja, mereka boleh buat laporan," kata Mahfuz. - Bernama