Pasukan mencari di lokasi sedang melakukan apa yang mereka mampu untuk mencari Karl-Erivan Haub selepas beliau gagal pulang dari satu rombongan ski di Banjaran Alps Switzerland pada Sabtu lalu, kata jurucakap berkenaan.

Kumpulan Tengelmann memiliki sejumlah syarikat rantaian peruncitan dan perniagaan lain di Jerman termasuk gedung pakaian kos rendah, Kik dan kedai perkakasan OBI.

Karl-Erivan, 58, adalah pewaris generasi kelima keluarga Haub yang meneruskan perniagaan keluarga sejak ia didirikan pada tahun 1867.

Bapa beliau, Erivan Haub meninggal dunia pada bulan lalu di Wyoming, Amerika Syarikat. Majalah Forbes menganggarkan kekayaannya adalah sebanyak AS$6.4 bilion (RM24.7 bilion).

Usaha pencarian kini tertumpu di Matterhorn iaitu kawasan di antara Valais di Switzerland dan Lembah Aosta di Itali. - AFP/Reuters