Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Alias Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.28 pagi dan seramai lapan anggota termasuk komander operasi dikejarkan ke lokasi kejadian. 

"Setibanya di tempat kejadian kita dapati berlaku kebakaran di tempat penyimpanan barangan termasuk baju-baju baru dan makanan. 

"Api dapat dikawal dalam masa tujuh minit dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.Setakat ini punca kebakaran masih disiasat," katanya ketika dihubungi di sini. 

Katanya, kebakaran tersebut memusnahkan kira-kira 20 peratus ruang. Turut musnah tiga buah pendingin hawa dan perabot. - K! ONLINE