Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengurangan jumlah cabutan khas tersebut adalah langkah awal kerajaan untuk mengurangkan bilangan hari perjudian agar ia tidak mendatangkan masalah sosial seperti ketagihan judi yang melampau.

Beliau berkata, pengurangan bilangan cabutan khas itu melibatkan semua syarikat nombor ramalan seperti Magnum, Sport Toto, Da Ma Cai, Pan Malaysian Pool, Sarawak Turf Club dan Sandakan Turf Club seperti agar tidak menambah bebanan masyarakat.

"Dasar baru bagi mengurangkan bilangan cabutan khas akan diumumkan dalam Bajet 2019 pada 2 November depan. Untuk tahun ini sebanyak 22 kali cabutan khas diluluskan dan diadakan pada tarikh yang serentak di seluruh negara.

"Cabutan khas diluluskan kerajaan sebagai tambahan kepada cabutan biasa bagi mendapatkan sumber kewangan untuk tujuan yang dipersetujui," katanya pada persidangan di Dewan Rakyat di sini pagi tadi. - K! ONLINE