Tertuduh, Muhammad Ashraf Kames Abdullah, 39, bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan cara menggunakan pisau sebagai senjata untuk menyerang bekas isterinya, Nur Syamira Muhammad Thandayu Thapani, 24, di tingkat tiga, tempat meletak kenderaan, Flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas di sini pada pukul 12.55 pagi, 12 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326A dengan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit bersalah.

Hakim Norsalha kemudiannya memerintahkan tertuduh dipenjara selama 12 tahun dan denda RM10,000, jika gagal bayar hukuman enam bulan penjara. - K! ONLINE