Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hadhariah Syed Ismail pada 10 Januari lalu membuat ketetapan supaya perbicaraan rasuah Guan Eng serta Li Koon perlu diselesaikan dalam tempoh lima minggu.

Tarikh perbicaraan itu ditetapkan  bermula  hari ini sehingga 30 Mac; 9 hingga 12 April; 23 hingga 27 April; 7 hingga 10 Mei dan 21 Mei hingga 25 Mei ini.

Seramai  40 saksi akan dipanggil pihak pendakwa raya sepanjang perbicaraan kes terbabit.

Pada 30 Jun 2017, Guan Eng, 57, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town di bawah nilai pasaran.

Bagi dua pertuduhan itu beliau didakwa mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.

Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu. - K! ONLINE