Melalui ciapan di Twitter sebentar tadi, Tun Mahathir menyatakan, pada umur semakin meningkat kita mesti meluang masa bersenam supaya otot dan otak dapat berfungsi dengan baik.

"Kayuh basikal di litar lumba Sepang International Circuit pagi tadi. Bila umur makin meningkat mesti luang masa bersenam supaya otot dan otak berfungsi dengan baik," tulis ciapannya di laman sosial peribadinya.

Turut sama mengayuh basikal bersama beliau adalah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Empat hari lalu, Perdana Menteri menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 94. - K! ONLINE