Stesen televisyen milik Arab Saudi, Al-Arabiya berkata, serangan sepanjang malam itu menyasarkan kementerian dalam negeri di Sanaa yang dikawal pemberontak.

Pemberontak Houthi yang disokong oleh Iran mengesahkan serangan udara di Sanaa namun tiada sebarang butiran terperinci diberikan.

Militia tersebut yang menguasai utara Yemen, mengawal Sanaa dan kebanyakan kawasan utara yang bersempadan dengan Arab Saudi serta pelabuhan Hodeida di pesisir Laut Merah.

Sementara itu, ratusan pemberontak-pemberontak Houthi berada di satu majlis pengebumian ketua Majlis Politik Tertinggi dan merupakan pemimpin pemberontak kedua tertinggi, Saleh al-Sammad yang maut minggu lalu dalam satu serangan udara yang dilakukan Arab Saudi dan sekutunya.