Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, berita tular yang tersebar baru-baru ini adalah tidak benar.

“Tiada kes cermin tingkap ETS atau komuter pecah dilaporkan berlaku disebabkan oleh tindakan individu sensitif dengan iklan politik yang terdapat pada badan tren.

“Sebelum ini memang ada kes cermin tingkap koc pecah tetapi itu hanya kes biasa dan tiada kaitan dengan bahang Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam satu kenyataan balas di laman media sosial KTMB, Mohd. Rani menjelaskan perkara sebenar kepada orang ramai bagi mengelak persepsi buruk terhadap isu keselamatan tren KTMB. - K! ONLINE