Menurut kenyataan tersebut, pemansuhan GST yang diumumkan tersebut adalah hadiah Hari Raya Aidilfitri dari kerajaan Persekutuan kepada rakyat negara ini yang telah mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. 

"Sehubungan dengan itu, semua perniagaan dikehendaki mengemas kini sistem Jualan Runcit (POS) dan Perakaunan masing-masing dan tidak lagi boleh mengenakan sebarang cukai GST bermula tarikh tersebut.

"Kerajaan juga akan memulangkan semula semua kutipan GST yang dikutip bermula 9 Mei 2018 kepada peniaga sebagai pampasan untuk mengemas kini sistem POS dan Perakaunan yang mengguna pakai sistem berasaskan GST sebelum ini," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, tempoh dua minggu diberikan kerajaan kepada peniaga adalah munasabah dan saksama untuk dilaksanakan oleh semua peniaga kerana pampasan yang diberikan adalah setimpal.

"Tiada cukai baharu akan dikenakan untuk dua tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan. Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya akan diperkenalkan semula pada tahun 2020 setelah satu kajian mendalam dilakukan untuk mengurangkan beban hidup rakyat," katanya. - K! ONLINE