Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian kebakaran bangunan itu pada malam ini.

“Kami juga tidak menerima panggilan mengenai kebakaran di Angkasapuri dari Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Kira-kira pukul 9 malam tadi, seorang pengguna Twitter dan Facebook yang menggunakan nama ‘Zunar Cartoonist’ memuat naik gambar sebuah bangunan terbakar dengan satu catatan.

“Bangunan yang sedang dibina di Angkasapuri bernilai RM2 bilion sedang terbakar sekarang?” - Bernama