Meskipun tidak diletakkan sasaran pingat emas pada edisi kali ini, namun pasangan yang baru digandingkan Februari lalu itu menampilkan aksi yang cukup bertenaga.

Kemenangan tu juga menyaksikan kutipan pingat emas Malaysia terus meningkat kepada tujuh pingat, sekali gus mengatasi pencapaian empat tahun lalu di Glasgow, Scotland dengan enam emas.

Dalam acara tersebut, pingat perak menjadi milik Smith-Walker sementara beregu India, N. Sikki Reddy-Ashwini Ponnappa berpuas hati dengan pingat gangsa. - K! ONLINE