Pasangan pilihan ketiga itu menjadi tumpuan apabila menewaskan pasangan pilihan utama, Liu Xuanxuan-Xia Yuting dari China, memenangi straight set; 21-19 dan 21-19 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Badminton Hall Duinwijck, menurut laman web Persatuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

Terdahulu, pasangan itu mengalahkan pasangan China lain, pilihan ketujuh Chen Yingying-Zhang Shuxian; 21-13 dan 21-12 pada pusingan separuh akhir.

Sebanyak 328 pemain dari 36 negara mengambil bahagian dalam pertandingan empat hari tersebut yang bermula Rabu lepas. - Bernama