Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, yang memenangi Thailand Masters pada Januari, bersaing dalam set penentuan untuk memperoleh kemenangan 21-19, 15-21, 23-21 dalam final yang berlangsung selama 62 minit di Taipei Arena di Taiwan, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Kemenangan Goh-Tan, pasangan pilihan keempat kejohanan itu, mengakhiri kemarau gelaran tujuh tahun Malaysia dalam acara regu lelaki di Terbuka Taiwan yang kali terakhir dimenangi Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari. - Bernama