Kemenangan dalam masa 47 minit perlawanan itu juga meneruskan rentak cemerlang pasangan berkenaan selepas kejayaan mengungguli Kejohanan Badminton Kebangsaan, bulan lepas.

Terdahulu, Goh-Shevon melangkah ke final setelah menundukkan pilihan kelapan dari Korea Selatan, Choi Solgyu-Chae Yoo Jung dalam pertarungan sengit 23-21, 23-25, 21-13 pada aksi separuh akhir, demikian menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com.

Selepas ini, pasangan Malaysia itu yang kini menghuni ranking ke-10 dunia, akan beraksi pada kejohanan Seluruh England yang bakal berlangsung dari 14 hingga 18 Mac ini. - Bernama