Tiga tertuduh yang akan dibicarakan bersama Chee Kong, 53, ialah bekas Pengarah JANS, Awang Mohd. Tahir, 55, isterinya, Fauziah Piut, 52, dan seorang lagi bekas timbalan pengarah jabatan itu, Lim Lam Beng, 63, yang didakwa atas 37 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.57 juta.

Penghakiman tersebut ditulis Hakim Datuk Nurchaya Arshad dan dibacakan oleh Timbalan Pendaftar, Dana Arabi Wazami.

Selain itu, mahkamah turut mengekalkan146 pertuduhan terhadap Chee Kong melibatkan pengubahan wang haram kira-kira RM32 juta.

Dalam inti pati penghakiman hari ini, mahkamah meluluskan permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan buku pendaftaran lokap, rakaman televisyen litar tertutup dan dokumen berkaitan ketika tertuduh direman daripada pihak pendakwaan pada 3 April depan. 

Prosiding tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman manakala pasukan pembelaan Chee Kong dibarisi Roland Cheng dan Nelson Anggang.

Pada 13 Disember lalu, Chee Kong mengaku tidak bersalah terhadap 146 pertuduhan pengubahan wang haram melalui pembelian tanah dan transaksi bank sebanyak RM32 juta.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara tahun 2010 hingga 2016 ketika tertuduh memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah JANS. - K! ONLINE