Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan tersebut setelah tertuduh, Zamri Jusoh, 56, yang merupakan anak syarikat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Zamri didakwa menerima wang rasuah sebanyak RM750 daripada seorang pemilik syarikat TP Parts & Machinery di pejabat Ladang Ketengah Perwira, Bandar Ketengah Jaya, Kemaman pada 13 Mei 2015. 

Wang suapan tersebut diterima menerusi akaun Maybank milik isteri tertuduh, Siti Noor Hidayah Deraman sebagai upah membuat perakuan terhadap beberapa dokumen pembekalan. 

Tertuduh didakwa mengikut mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. - K! ONLINE