Tertuduh, Raja Darul Affendy Shah Raja Haris Shah, 57, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rozilah Salleh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh yang kini bekerja sendiri didakwa dengan curang mendorong 21 mangsanya menyerahkan sejumlah wang tunai kepadanya bagi mendapatkan rumah dan kedai di PPR Lembah Subang 2.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar Lembah Klang bermula April hingga Julai 2016.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda dan sebatan mengikut Seksyen 420 Kanun Kesekaan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Asraf Mohamed Tahir mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon wang ikat jamin dikurang dan pembayaran dilakukan sebanyak dua kali.

"Saya ada empat orang anak dan baharu sahaja ditangkap semalam (untuk didakwa hari ini). 

"Memang saya tiada wang simpanan sekarang," katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM40,00 dan membenarkan permohonan lain pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan 21 Jun depan. - K! ONLINE