Perbincangan antara delegasi lapan anggota Hamas yang diketuai Khalid dan Mahathir berlangsung selama kira-kira satu jam.

Khalid memberitahu, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas layanan mesra yang diberikan, di samping menyampaikan penghargaan kepadanya kerana memberi sokongan yang berterusan terhadap perjuangan Palestin bagi menamatkan pendudukan Israel di negara itu.

"Keganasan Israel di Jerusalem (dibincang), dan tindakan mereka mengubah identiti bandar suci Jerusalem, membawa kesengsaraan kepada penduduk Gaza yang terpaksa berhadapan dengan serangan, kebuluran, sekatan dan sebagainya," katanya pada pemberita di sini hari ini.

Khalid berkata, Hamas turut menyampaikan harapan mereka agar Mahathir sebagai pemimpin kanan Ummah Muslim, memainkan peranan dalam menamatkan keganasan terhadap penduduk Palestin, terutama di Semenanjung Gaza. - Bernama