Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, suspek akan berdepan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

"Dimaklumkan bahawa suspek yang sebelum ini menyandang jawatan Pengarah Urusan FTC akan berdepan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

"Suspek diminta hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi esok," katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini.

Latheefa berkata, butiran berhubung pertuduhan terhadap suspek akan dibacakan esok dalam prosiding mahkamah.

Katanya, suspek juga pernah ditahan SPRM pada September tahun lalu. - K! ONLINE