Hakim Azman Abu Hassan memutuskan demikian terhadap tertuduh, Mohd. Adnan Md. Daud, 55, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Azman menetapkan 23 dan 26 April depan untuk tertuduh membela diri.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang ketika itu merupakan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S48 dan bertugas sebagai Pengarah Kemas Selangor didakwa memperoleh suapan RM68,343.47 daripada Sah Hizam Halim di Maybank Cawangan Alor Setar di sini pada 14 Disember 2016.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan RM86,053.45 daripada individu sama di Maybank Cawangan Alor Setar pada 7 Januari 2015.
Mohd. Adnan turut berhadapan dengan dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan hasil aktiviti haram berjumlah RM86,053.45 pada 8 Januari 2015. - K! ONLINE