Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, pihak polis telah mengambil keterangan daripadanya selama kira-kira sembilan jam sebelum dibebaskan.

“Keterangannya diambil bagi tujuan melengkapkan siasatan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita pada Jumaat lalu.

“Keperluan untuk mendakwanya bergantung kepada hasil siasatan yang sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan bekas pegawai tersebut diberkas bagi membantu siasatan kes rakaman video bawah skirt wa­nita di sebuah kedai cermin mata di ibu kota semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan pada pukul 1 petang di sebuah restoran dalam kompleks beli-­belah Publika Solaris di sini.

“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Ke­seksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-­Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336),” katanya dalam satu kenyataan semalam. - K! ONLINE