Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi  berkata, pada masa kini, pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum ia dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Dia (Isham) sudah dipanggil untuk diambil keterangan.

“Kita akan rujuk dengan Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan polisdan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bahawa siasatan dilakukan pihaknya selepas menerima satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Batu 9, Cheras.

Terdahulu, satu klip video berdurasi dua minit 12 saat yang memaparkan prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri itu tular di media sosial Facebook selepas dimuat naik oleh Isham.

Sementara itu, Isham melalui satu muat naik di akaun Facebook miliknya menyatakan bahawa sehingga kini tiada peraturan bertulis berkenaan siaran rakaman transkrip video (CRT) prosiding mahkamah. - K! ONLINE