Nor Mohamed yang memakai kod baju kemeja lengan panjang dan berkod hitam dilihat tiba dengan menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna putih pada pukul 2 petang.

Dr. Mahathir bagaimanapun hanya tiba di pejabatnya itu pada pukul 3.10 petang kerana menghadiri sidang akhbar di Petaling Jaya,  Selangor.

Setelah hampir satu jam mengadakan mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir, beliau yang juga merupakan bekas Penolong Gabenor  Bank Negara Malaysia kemudian dilihat beredar keluar pada pukul 3.55 petang.

Cubaan pihak media untuk menemu bual Nor Mohamed bagi mengetahui inti pati pertemuan hari ini gagal apabila beliau menurunkan cermin kereta dan memohon maaf sebelum beredar dari situ.

Turut kelihatan keluar dari Yayasan Kepimpinan Perdana pada pukul 3.40 petang ialah bekas veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz. - K! ONLINE