Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membebaskan Hasanah, 61 tahun, selepas selesai membantu pihak SPRM menjalankan siasatan berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, permohonan SPRM untuk mengenakan wang jaminan sebanyak RM50,000 kepada Hasanah telah ditolak oleh mahkamah.

Terdahulu, Hasanah tiba di Kompleks Istana Keadilan Putrajaya pada pukul 10.40 pagi sambil diiringi oleh dua pegawai SPRM dan kelihatan tidak memakai baju lokap.

Beliau turut diwakili oleh dua peguam Shaharuddin Ali dan Khairul Azam Abdul Aziz. - K! ONLINE