Tertuduh, Shahidan Ladin, 63, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Mengikut pertuduhan pertama, Shahidan didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,500 daripada Saleh @ Md. Zamri Md. Saman sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas aktiviti haram penjualan dan penyeludupan minyak petrol dan diesel dari sempadan Malaysia ke Thailand oleh individu terbabit.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di tapak gudang haram Kampung Remia Manis, Durian Burung di Kuala Nerang dekat sini kira-kira pukul 1.52 petang, 24 September 2014.

Bagi pertuduhan kedua, Shahidan didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan wang sebanyak RM1,500 daripada Saleh atas dorongan sama di gudang haram tersebut kira-kira pukul 11.52 pagi, 23 Oktober 2014.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,500 daripada individu sama atas dorongan serupa di pekarangan tempat letak kereta Hospital Kuala Nerang dekat sini kira-kira pukul 1.05 petang, 28 November 2014. - K! ONLINE