Wanita berusia 61 tahun bergelar Datuk itu semalam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas hadir memberi keterangan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kira-kira pukul 4.30 petang.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan tenpoh reman ke atas Datuk berkenaan bermula hari ini hingga 2 September depan untuk membantu siasatan SPRM mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, wanita tersebut dilihat hadir ke mahkamah memakai baju lokap SPRM warna jingga dengan tangan bergari kira-kira pukul 9 pagi.

Semalam, enam Pegawai Tinggi Diplomatik (PTD) dan seorang Timbalan Pengarah bergelar Datuk yang bertugas di JPM direman kerana disyaki melakukan kesalahan sama iaitu menyalahgunakan dana PRU-14 untuk kegunaan peribadi.

Ketujuh-tujuh individu tersebut direman lima hari bermula semalam hingga Sabtu ini. Jumlah individu yang direman berhubung kes sama seramai 8 orang. - K! ONLINE