Majistret Siti Hafiza Jaafar membenarkan permohonan reman tersebut bermula hari ini sehingga 9 Ogos depan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan lanjut terhadapnya. 

Terdahulu, suspek yang memakai baju-T lokap SPRM jingga itu dibawa masuk ke mahkamah pada pukul 12.30 tengah hari sebelum dibawa keluar kira-kira 45 minit kemudian. 

Difahamkan suspek ditahan awal pagi tadi susulan laporan yang dibuat Lembaga Pengarah Peka, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin kelmarin berhubung penyelewengan membabitkan tuntutan palsu oleh sebuah syarikat perunding melibatkan kerugian yang dianggarkan jutaan ringgit. - K! ONLINE