Dalam kejadian pukul 5 petang itu, M. Thiyahu, 30, yang merupakan operator kilang parah pada bahagian muka, kepala, tangan kanan dan kaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam (HSA).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, pihak polis bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian pembunuhan terbabit. 

Katanya, siasatan awal mendapati suspek diserang menggunakan parang oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak. 

"Mangsa yang cedera parah di bahagian muka, belakang kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki dibawa oleh orang ramai ke HSA untuk mendapat rawatan.

"Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang di wad kecemasan zon merah hospital itu ketika menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Jelas Baharudin, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian dengan kesemua suspek kini sedang diburu polis. 

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan, K. Vignesh Kumar di talian 03-55202222 atau mana-mana balai bolis berhampiran. 

Sementara itu, Ketua AMK Shah Alam, S. Sarawanan menerusi status dalam laman Facebooknya menzahirkan rasa sedih akan peristiwa tersebut. 

"Kami warga AMK Shah Alam turut bersedih di atas kehilangannya dan berharap seluruh keluarga mendiang tabah dalam menghadapi dugaan," katanya. - K! ONLINE