Perintah tahanan reman sehingga esok itu dikeluarkan Majistret Raja Noor Adila Raja Mahyaldin selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Terdahulu, Noor Hanim tiba di Mahkamah Majistret dengan memakai baju lokap SPRM kira-kira pukul 10.40 pagi.

Bekas ADUN Sri Serdang itu ditahan kira-kira pukul 5.50 petang semalam di pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Noor Hanim ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai telah melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri yang mana syarikat tersebut adalah milik anaknya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - K! ONLINE