Ahmad yang kini menggalas tugas sebagai Pegawai Khas Agama Menteri Besar Pahang meninggal dunia di sebuah inap desa di tanah rancangan itu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob mengesahkan kejadian tersebut.

“Kita masih menunggu laporan dan kes ini tiada kaitan dengan unsur jenayah,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Bukit Genting, di sini selepas solat Zohor.

Ahmad menjadi ADUN Tahan selama sepenggal bermula 2004-2008. - K! ONLINE