Anak sulungnya, Ahmad Fadzilan, 40, berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak sembilan hari lalu selepas keadaan kesihatannya merosot selepas pulang daripada rawatan dialisis. 

"Ayah memang menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang serta ada sejarah angin ahmar. 

"Ayah ditahan di hospital selepas kami membawanya untuk pemeriksaan kerana muntah-muntah selepas melakukan dialisis," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Masjid Medan Tok Sira di sini, hari ini. 

Ahmad Fadzilan menambah jenazah ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini, sebelum solat Zuhur hari ini. - Bernama