Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah mengambil tindakan sejak tiga bulan lalu bagi memastikan kesemua bekalan daging di dalam negara sempena perayaan Aidiladha berada di tahap mencukupi.

“Ketika ini jumlah bekalan lembu di dalam negara ialah sebanyak 50,125 ekor manakala jumlah biri-biri dan kambing kira-kira 31,079 ekor.

“Berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar, sebanyak 6,292 masjid dan 18,101 surau bakal melakukan ibadah korban dengan melibatkan 44, 673 ekor lembu serta 22,130 kambing,” katanya pada sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Hasan Bahrom (Amanah-Tampin) yang mahu penjelasan mengenai usaha kerajaan bagi memastikan bekalan ternakan hidup mencukupi sempena perayaan Aidiladha. - K! ONLINE