Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan berkata, gangguan itu melibatkan kemudahan jalur lebar tanpa wayar atau WiFi, paparan maklumat penerbangan balai pelepasan dan kaunter mengambil bagasi.

Jelasnya, MAHB kini sedang berusaha membaiki sistem berkenaan dengan segera untuk kemudahan penumpang di KLIA.

“Penumpang dinasihatkan untuk tiba ke lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas dan memeriksa dengan syarikat penerbangan untuk jadual terkini. 

"Kami akan mengeluarkan maklumat terkini mengenai situasi sama ada melalui platform media sosial MAHB atau siaran berita," katanya.

Sebarang masalah atau maklumat lanjut, sila hubungi Ambassador Care Airport MAHB atau hubungi 03- 8776 2000 berkenaan dengan maklumat penerbangan.

Dalam pada itu, difahamkan, gangguan KLIA itu terkawal dan tidak menjejaskan operasi penerbangan. - K! ONLINE