Beliau berkata projek itu termasuk di Bagan Datuk yang menelan belanja lebih RM6 bilion.

"Saya masih lagi belum mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu (projek Bagan Datuk) atau projek-projek besar yang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan ke rumah anak yatim di Kampung Sungai Rokam, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin baru-baru ini memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri bahawa kajian semula status projek di Bagan Datuk Water City (BDWC) perlu dilakukan berikutan terdapat usaha pembayaran yang tidak mengikut status terkini projek terbabit oleh kerajaan sebelum ini.

Mengulas lanjut perkara berkenaan, Ahmad Faizal berkata bagaimanapun projek yang pembinaannya melebihi 20 peratus berkemungkinan besar akan diteruskan.

"Setakat ini di Perak semuanya berjalan lancar cuma mungkin projek besar di Bagan Datuk itu sahaja," katanya. - Bernama