Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

“Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menerima maklumat daripada seorang lelaki warga tempatan pada pukul 1.34 petang yang memaklumkan bahawa dia menjumpai seorang bayi yang baru lahir di pangsapuri tersebut.

“Pasukan polis kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan seterusnya.

“Pihak ambulans yang hadir mengesahkan bahawa bayi itu masih hidup dan telah dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu tular beberapa paparan perbincangan WhatsApp penduduk di pangsapuri tersebut yang gempar apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat berdekatan timbunan plastik sampah di tingkat tiga di situ. - K! ONLINE