Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, bayi itu ditemui ditinggalkan di dalam bilik menukar lampin oleh orang seorang wanita kira-kira pukul 5.40 petang.

Menurutnya, bayi yang masih bertali pusat itu dikatakan ditinggalakan bersendirian dengan hanya dibalut sehelai kain putih dan diletakkan di atas sofa.

Che Zaimani berkata, bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini bagi menjalani pemeriksaan dan didapati dalam keadaan sihat. - K! ONLINE