Timbalan Menterinya, Dr. Lee Boon Chye berkata, mangsa telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Bayan Lepas dekat sini pada 3 Jun lalu sebelum meninggal dunia.

Menurutnya, perbincangan oleh pakar-pakar perubatan telah mengesahkan bahawa kematian bayi berkenaan adalah disebabkan oleh jangkitan paru-paru akibat komplikasi virus EV71 yang menyebabkan penyakit HFMD.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Lawatan Rasmi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Abdul Rahman Abbas di Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini sebentar tadi. - K! ONLINE