Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pada masa sama, bayaran khas sebanyak RM250 juga akan dibuat kepada hampir 800,000 pesara kerajaan bagi mengenang khidmat bakti mereka.

Menurutnya, kerajaan memutuskan untuk membuat pembayaran sebelum hujung tahun bagi membantu ibu bapa dalam kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu.

"Bayaran khas ini buat julung kalinya akan dilunaskan pada tahun sama dan tidak dibayar seperti tahun berikutnya seperti amalan kerajaan terdahulu.

"Walaupun bayaran khas itu akan menelan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion tidak diperuntukkan lebih awal dalam Belanjawan 2018, kerajaan Pakatan Harapan boleh mencari wang menerusi penjimatan daripada menjalankan pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) ," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE