Aplikasi bersama Bank Islam Malaysia Berhad itu hanya memerlukan pembayar cukai menjelaskan cukai taksiran dengan mengimbas kod bar atau kod QR tanpa perlu memasukkan nombor akaun dan jumlah bayaran.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, aplikasi akan memudahkan pembayaran cukai taksiran dengan kaedah pembayaran menerusi kad debit atau kad kredit.

Katanya, kempen berkenaan pembayaran itu bermula 1 Julai lau hingga 31 Ogos ini.

"Pengguna  hanya perlu  memuat  turun  aplikasi  ‘SnapNPay’ di Google Play Store  bagi pengguna yang menggunakan model Android atau App Store bagi pengguna IOS secara percuma.

"Sebaik pengimbasan kod dilakukan pada invois cukai taksiran seterusnya proses bayaran akan disambungkan ke portal perbankan internet yang dipilih oleh pengguna," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, kempen ini juga menawarkan seunit telefon bimbit jenis Samsung Note 9 dan empat unit Samsung Galaxy A7 kepada pembayar cukai yang bertuah. - K! ONLINE