Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, ini kerana suntikan tersebut sememangnya tidak diiktiraf oleh KKM malah turut tidak dibenarkan dijual di negara ini.

"Sekiranya didapati bersalah kami boleh ambil tindakan di bawah MMC, misalnya tindakan disiplin dan pilihan akhir sekali kami akan menggugurkan namanya daripada pendaftaran sebagai doktor," katanya selepas melawat Hospital Kuala Nerang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lambakan tawaran perkhidmatan suntikan itu melalui media sosial seperti laman Facebook dan Instagram yang semakin menjadi-jadi ketika ini.

Di negara ini kebanyakan mereka yang mendapatkan suntikan ini terdiri daripada mereka yang terlalu obses dengan kecantikan terutamanya ingin memiliki kulit yang putih walaupun kosnya agak tinggi. - Bernama