Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, pemandu berkenaan sempat menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari bas berkenaan selepas menyedari bahagian belakang bas tersebut terbakar.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, tiada penumpang di dalam bas berkenaan ketika kejadian.

“Menurut siasatan awal, kebakaran bermula dari bahagian enjin bas yang terletak di bahagian belakang bas dan hanya 30 peratus terbakar.

“Kita sebelum itu telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.38 petang sebelum tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bersama dua buah jentera tiba kira-kira 10 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE